WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Saturday, April 11, 2009

JOm ZOOm ke Melaka ( Isu Makanan)

Kebanyakkan daripada kita mengenali negeri Melaka kerana budaya berbilang bangsanya, sejarahnya, beraneka jenis barangan antik yang boleh didapati pada harga yang berpatutan dan kebudayaan kaum majmuk yang mempersonakan. Tetapi tidak ramai dikalangan kita terutamanya bagi anda yang baru pertama kali mengunjungi Bandaraya Bersejarah, mengetahui bahawa terdapat satu rahsia yang tersimpan rapi, rahsia yang menyelerakan dan dalam keadaan tertentu, ianya bakal membuatkan diri anda terpegun? (dan rahsianya adalah....jeng...jeng... MAKANAN MELAKA!).




Melaka adalah salah satu dari negari di Malaysia yang penduduknya sangat beragam.Dengan beragamnya jenis penduduk itu maka sudah tidak menghairankan kalau di Melaka ini tersedia berbagai jenis makanan khas. Tentu saja ada yang berupa makanan tradisional suatu suku dan banyak juga jenis makanan yang merupakan hasil kombinasi makanan khas satu suku dengan yang lain . Percayalah, hidangan yang menyelerakan lagi melazatkan ini hanya boleh anda temui di negeri Melaka.

Contohnya saja adalah laksa , salah satu makanan kegemaran ramai disini . Laksa ini adalah seperti sup dengan kuah santan yang gurih dan sedikit pedas . Isinya iaitu: tahu pong , udang , telur rebus dan mi . Agak mirip – mirip sayur lodeh rasanya .

















Tempat makanan dan orang ramai yang terkenal di Melaka untuk hidangan ini salah satunya di Jonker Dessert , Jonker street.

Benar, anda mungkin boleh menjumpai hidangan sebegini di merata-rata kawasan lain di seluruh negara, tetapi jika anda berhajat untuk menikmati masakan Melaka tulen yang terbaik, anda memang berada di tempat yang tepat!




Masakan Melaka boleh dikategorikan kepada empat variasi yang tidak ditemui ditempat-tempat lain di Malaysia seperti masakan Melayu Melaka, Nyonya Cina, Chetty India dan masakan Portugis ala Melaka (seperti di gambar sebelah)yang menggambarkan keunikan negeri Melaka yang tersendiri.



Masakan Peranakkan kebiasanyan pedas dan berempah sementara masakan Portugis seakan-akan hampir sama seperti masakan melayu.

Majoriti makanan yang ditawarkan dinegeri Melaka adalah murah dan lazat dan dalam situasi tertentu sebilangan makanan yang terbaik boleh didapati di gerai-gerai kecil peniaga, yang kurang dikenali.


Melainkan kepada pengemar-pengemar makanan dan juga mereka benar-benar arif dan mengetahui (tanyalah orang sekeliling, sudah pasti ada yang bakal membawa anda menikmati hidangan yang terbaik yang anda sendiri belum pernah rasa).
Kini, kami sudah melaksanakan peranan kami memaklumkan kepada anda mengenai rahsia negeri Melak ini yang mana tidak ramai yang mengetahuinya. Dan kini peranan anda pula untuk merasai semua masakan yang anda temui dan jumpa, ...Cuma lupakan sahaja diet atau pakaian mengikut bentuk tubuh dan cubalah nikmati segala apa yang ditawarkan di Melaka dan bila anda benar-benar puas merasainya datanglah lagi untuk kali kedua ...


Tidak ketinggalan juga ialah peluang untuk anda melawat Alor Gajah, semasa beristirehat di negeri ini: Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini.


Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah. Alor Gajah pada mulanya didiami oleh orang Minangkabau pada kurun ke-12. Apabila berlaku penghijrahan beramai-ramai penduduk Minangkabau di Tampin pada masa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka maka wujudlah pemerintahan Melayu di Bandar Alor Gajah yang kini sebuah daerah maju dibawah pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.




Jadi, JOm ke MelaKa !
















Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP