WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Wednesday, November 18, 2009

HOT NEWS !




Ali Rustam dinobat Personaliti Pelancongan Melaka.
TUN MOHD. Khalil Yaakob menyampaikan Anugerah Personaliti Pelancongan Melaka kepada Mohd. Ali Rustam (dua dari kanan) pada Majlis Anugerah Pelancongan Melaka 2009 di Banda Hilir, Melaka, kelmarin.



MELAKA 14 Nov. - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dinobatkan sebagai Personaliti Pelancongan Melaka pada Majlis Anugerah Pelancongan Melaka 2008/2009 di sini.
Anugerah itu diberikan berdasarkan sumbangan besar beliau terhadap kemajuan industri pelancongan di negeri ini.

Anugerah khas Celebrity Chef pula diberikan kepada Florence Tan, tukang masak kelahiran Nyonya Melaka yang dikenali ramai dengan masakan makanan peranakan di kalangan masyarakat Malaysia dan Singapura.

Pengusaha restoran Melaka di New York, En.Michael Bong pula dianugerahkan Melaka Master Chef.
Sebanyak 26 kategori anugerah disediakan pada majlis berkenaan. Anugerah kepada pemenang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Pada majlis itu, Mohd. Khalil melancarkan buku panduan pelancongan berjudul Malacca-A world heritage site-A tourism guide publication yang ditulis oleh Bonny Wee.

Anugerah Pelancongan Melaka adalah acara dwitahunan anjuran kerajaan negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Melaka (MTA)yang dianjurkan sejak 2005. - BERNAMA

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP