WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Sunday, February 28, 2010



25hb Februari 2010



KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA



Tuan/Puan,



KURSUS ETIKA TELEFON



Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.



2. Pembangunan modal insan merupakan salah satu elemen terpenting dalam membangunkan organisasi dan juga negara dalam mengharungi Melaka Maju 2010. Akademi Pelancongan Melaka (APM) adalah merupakan salah satu anak syarikat kerajaan yang telah dilantik sebagai agen pelaksana bagi menjalankan kursus-kursus yang berkaitan perkhidmatan pelanggan, kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA) dengan Hotel Straits Meridian Melaka dan APM telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Kursus Etika Telefon dengan bagi semua telefonis-telefonis di hotel, resort dan agen pelancongan.



3. Telefon merupakan salah satu kemudahan yang penting dalam komunikasi hari ini dan ianya menghubungkan sesebuah jabatan/organisasi dengan para pelanggan. Sistem perniagaan, perdagangan dan perhubungan sentiasa dilakukan melalui telefon. Oleh itu, adalah amat penting bagi telefonis di sesebuah organisasi itu mempunyai kemahiran menggunakan telefon untuk menunjukkan imej yang meyakinkan, berkesan dan melancarkan lagi urusan bagi sesebuah organisasi.



4. Objektif utama kursus ini adalah:



a. Peserta akan sentiasa berhemah dan memahami prosedur dan teknik semasa menjawab telefon.



b. Memahami betapa mustahaknya khidmat pelanggan yang lebih profesional.



c. Mengikuti prosedur yang betul semasa menerima dan membuat panggilan.



d. Mengamalkan sikap positif dalam menjalankan tugas dan mempamerkan imej organisasi yang menjulang.



e. Lebih bersikap proaktif dalam menangani ketidakpuasan hati pemanggil/pelanggan yang mungkin timbul.



f. Berpengetahuan mengenai produk-produk Negeri Melaka.



g. Memahami maksud 1 Malaysia.



h. Mahir dengan penggunaan bahasa azimat (magic words)







5. Sehubungan itu, dimaklumkan Kursus Etika Telefon akan diadakan pada ketetapan berikut :



Tarikh : 9 Mac 2010 (Selasa)



Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari



Bayaran : RM 40.00 (seorang)



Tempat : Hotel Straits Meridian


No 1 Jalan Malinja


75150 Bukit Baru


Melaka



6. Justeru itu, dipohon jasa baik pihak tuan untuk menghantar 2 orang kakitangan tuan di


jabatan yang berkaitan bagi mengikuti kursus tersebut. Sila kemukakan/fakskan borang di Lampiran ( A ) kepada Pengurusan Straits Meridian Hotel sekurang-kurangnya lima (5) hari waktu bekerja sebelum tarikh kursus iaitu 4hb Mac 2010. di no fax :06-2830030. Sila membuat bayaran diatas nama ”Straits Meridian Sdn Bhd”.



7. Untuk makluman lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran di telefon 06-2841166. Jika


peserta yang dicalonkan itu tidak dapat hadir, maka pihak kami hendaklah dimaklumkan secara


bertulis.



8. Sokongan dan kerjasama pihak tuan bagi menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan


didahului dengan ribuan terima kasih.



Sekian.



”1 MALAYSIA,MELAKA MAJU 2010”


PERSATUAN PELANCONGAN NEGERI MELAKA




PRESIDEN


DATUK SEET TIANG CHYE

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP