WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Friday, April 2, 2010



Bernama.com
Malaysian National News Agency

Kapal Jewel Of Muscat Dijangka Tiba Di Perairan Malaysia Jun Ini

March 28, 2010 17:11 PM

Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 28 Mac (Bernama) -- Jewel of Muscat, iaitu sebuah replika kapal Arab abad kesembilan, dijangka tiba di perairan Malaysia pada awal Jun ini, sebelum menamatkan pelayarannya di Singapura.

Kapal sepanjang 18 meter itu, yang dibina tanpa menggunakan walau pun sebatang paku di limbungan kapal di Qantab, Oman, tiba di Pelabuhan Cochin awal bulan ini dan dijadual belayar ke Galle, selatan Sri Lanka tidak lama lagi.

Tarikh ketibaannya di Malaysia bergantung kepada permulaan angin monsun barat daya pada awal Mei, yang ketika ini merupakan cadangan pelayaran kapal berkenaan dari Sri Lanka.

"Ia akan mengambil masa kira-kira empat minggu untuk tiba di Georgetown, sekitar minggu pertama bulan Jun dan menjadi pelabuhan persinggahan pertama di Malaysia.

"Rancangan sedia ada ialah untuk berada di Georgetown kira-kira seminggu, kemudian belayar ke Melaka yang akan mengambil masa seminggu lagi," kata jurucakap Jewel of Muscat (JoM) kepada Bernama.

Ia dijadual berlabuh di Melaka kira-kira seminggu sebelum meneruskan pelayaran ke Singapura.

Kapal itu direka berdasarkan kapal Arab yang karam pada abad kesembilan dan kemudian ditemui oleh sekumpulan nelayan Indonesia pada 1998 di perairan pulau Belitung, dan dilaporkan karam bersama-sama 60,000 keping porselin Cina purba.

Kapal yang unik itu dibina dengan papan yang dicantum menggunakan gentian kelapa dan lapisan lemak kambing bercampur kapur disapu bagi melindungi papan.

Menggunakan teknik navigasi purba, krew kapal itu belayar menggunakan laluan sama yang diikuti oleh pelayar Arab, dari laut Oman, ke Laut Arab, pantai barat India, ke Sri Lanka, merentasi Teluk Bengal, Selat Melaka dan akhirnya ke Singapura.

JoM merupakan inisiatif sejarah dan kebudayaan khas yang dipromosikan bersama oleh kerajaan Oman serta Singapura.

-- BERNAMA

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP