WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Saturday, June 5, 2010

MITC Uptown Makin Rancak…

Tuesday, June 01st, 2010 / 

Suasana Malam DiKota Fesyen MITC Uptown Makin Rancak.

AYER KEROH,

– Meskipun baru tiga minggu beroperasi, namun suasana perniagaan di MITC Uptown, Kota Fesyen semakin rancak. Bermula dengan 68 orang peniaga, kini jumlahnya sudah mencecah 90 orang, sekaligus membuktikan sambutan yang cukup memberangsangkan dari para pengunjung.

Pengurus MITC Uptown Events, Fauzi Abu Bakar berkata, pihaknya masih mempunyai 100 peniaga baru dalam senarai menunggu.

"Kita sedang merancang untuk menambah lot-lot perniagaan baru bagi menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 260 lot secara berperingkat-peringkat," ujar beliau.

Katanya, MITC Uptown bukan sahaja menjadi 'lubuk rezeki' kepada ramai usahawan muda Melaka, bahkan turut menjadi 'syurga membeli-belah' baru kepada pengunjung tempatan dan luar.

Fauzi menjelaskan, selain berusaha mewujudkan satu identiti tersendiri kepada MITC Uptown, beberapa aktiviti sedang dirancang bagi menjadikan suasana malam di MITC Uptown cukup santai dan ceria.

"Kita turut menerima cadangan dari pelbagai pihak untuk menganjurkan aktiviti hujung minggu di sini seperti pameran kereta dan motosikal serta program berbentuk keluarga," ujarnya.

Beliau optimis, perniagaan di MITC Uptown akan menjadi semakin rancak sempena musim cuti sekolah 5 Jun dan menjelang temasya Sukan Malaysia XIII Melaka 2010 yang akan bermula dari 10 hingga 19 Jun ini.

"Kita sedang merancang untuk menambah hari perniagaan di sini berbanding hanya Jumaat, Sabtu dan Ahad sekarang. Namun ia bergantung kepada kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," ujar Fauzi.

Laporan dari Blog http://www.jafmanurin.com/blog/

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP