WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Saturday, July 17, 2010

DIALOG BERSAMA KETUA MENTERI MELAKA (JULY 2010)

Sesi Perbincangan bersama Ketua Menteri Melaka dan Ahli-Ahli Persatuan Pelancongan Negeri Melaka
Makluman Utama hasil perjumpaan Exco Malacca Tourism Association bersama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada 16 Julai 2010: Ketua Menteri Melaka mencadangkan perkara-perkara/ isu-isu berikut:
 ·         Persatuan pelancongan Melaka (MTA) dengan kerjasama Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) dan Jabatan Ketua Menteri Melaka mengadakan sesi dialog bersama tourism players segera untuk mensasakan komunikasi dan hubungan antara pihak kerajaan,dan ahli-ahli persatuan di Melaka .
 ·         Pihak persatuan dan ahli-ahlinya turun padang dalam mempromosikan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka ( LTABB);MTA juga diminta membantu dgn menggunakan networking pihak persatuan,ahli-ahli persatuan, dalam membantu  menambahkan penggunaan (penerbangan) Lapangan Terbang AntaraBangsa Melaka melalui  pengenalan chartered flight dan direct flight .Persatuan disarankan membantu melalui  kerjasama kerap mempromosikan penggunaan lapangan terbang tersebut melalui kerjasama ahli-ahlinya dan semua peniaga-peniaga pelancongan yang berkait.
 ·         Harapan dan keyakinan Ketua Menteri terhadap kemampuan ahli-ahli persatuan melihat beliau mengarahkan wakil MTA ikut serta mesyuarat post exco pelancongan setiap minggu.Pihak badan Exco Persatuan menyanjung tinggi penghormatan dan tanggung jawab yang telah di beri oleh Datuk Seri dan Jabatan Ketua Menteri Melaka .
 ·         MTA juga disaran perlu meningkatkan kerjasama dalam mempromosikan kemudahan  sedia ada syarikat –syarikat penerbangan di LTABB, dengan harapan memuncak penglibatan ahli peniagaan dan persatuan-persatuan yang mewakili mereka (melalui kerjasama semua NGO Pelancungan Melaka terutama MATTA Melaka); dan agen-agennya untuk memastikan penambahan penggunaan kemudahan dan isian kapal-kapal terbang di LTABB. 
 ·         Menggunakan program sepadu persatuan dalam menarik/ mempelawa pelancong dari Macau ke Melaka dengan pesawat chartered dan mempersasakan  penerbangan haluan dua hala pelancong –pelancong ke Melaka dan dari Melaka.
 ·         Isu caj teksi dan beca.  Datuk Seri setuju dengan pandangan ahli persatuan yang mengutarakan keperluan adanya pemantauan dan sokongan kepada persatuan beca/ teksi melaka.

  • Sesi pihak Persatuan dengan Ketua Menteri berakhir dengan terima kasih ahli-ahli persatuan dan sesi bergambar bersama beliau.




Badan EXCO Persatuan Pelancongan Negeri Melaka bersama Ketua Menteri Melaka 




Rombongan khas bertemu Ketua Menteri









Sesi pihak Persatuan dengan Ketua Menteri berakhir dengan terima kasih ahli-ahli persatuan dan sesi bergambar bersama beliau







Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP