WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Tuesday, July 27, 2010


SATU SIMPOSIUM WARISAN -MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA TELAH BERLANGSUNG PAGI 27.JULAI.2010 BERLOKASI DI DEWAN BESAR PERZIM
(BASTION HOUSE) DI JALAN KOTA, BANDA HILIR.MELAKA.
















Ianya merupakan satu pengenalan aspek warisan negeri kepada Front Liners dan para pemain -pemain
bidang pelancongan di negeri Melaka ini.
Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan,Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) kerana bandaraya ini terkenal dengan warisan dan sejarah nya yang terpelihara sejak 607 tahun dahulu
















Dengan pengiktirafan ini maka Negeri Majmuk dan aman kita, Melaka telah maju setapak lagi dan berjaya meletakkan namanya yang harum di persada antarabangsa dunia, Pengiktirafan yang diterima ini juga berperanan memelihara warisan nyata dan tidak nyata yang sedia wujud di Melaka seperti monumen dan bangunan -bangunan bersejarah agar warisaan ini hidup sepanjang zaman.
















Oleh yang demikian, pemeliharaan pengiktirafan ini merupakan salah satu daya tarikan kepada kedatangan pelancong dari luar negeri ke Melaka. Ianya juga berkesan dalam menjadikan Negeri Melaka sebagai wadah yang sangat istimewa dalam mengekalkan sosiobudaya yang harmoni antara kaum-kaum disini sebagai showcase study untuk para pengunjung.












Simposium yang dilansungkan ini bertujuan menjadi persediaan bagi menerima kunjungan pelancong, dan wajar di utamakan bagi semua Front Liner bidang pelancongan bagi memudahkan mereka memberi penjelasan dan pemahaman yang jelas dan tepat kepada tetamu kita mengenai Melaka.

Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) menyambut baik adanya simposium sebegini diteruskan dengan melibatkan semua pekerja -pekerja Hotel, Restaurant dan Theme Park untuk melancarkan lagi penjualan produk pelancongan Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia.

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP