WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Tuesday, August 30, 2011

Invitation to explore new markets for our tourism product.

No. Rujukan :
25 Ogos 2011



Presiden & Ahli -Ahli,
Persatuan Pelancongan Melaka (MTA)
No. 199A Taman Melaka Raya
Banda Hilir                                                                                            Tel : 06-284 8234
75000 Melaka                                                                                        Fax : 06-283 3315 /
                                                                                                                           281 8408                                                                   
                                                                                               

Puan,


JEMPUTAN UNTUK MENGIKUTI SEMINAR PRODUCT UPDATE DAN TRAVEL MART DI MEDAN, SUMATERA UTARA, INDONESIA ANJURAN KERAJAAN NEGERI MELAKA PADA 29 SEPTEMBER – 1 OKTOBER 2011
_____________________________________________________________________________

Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian Puan kepada perkara tersebut.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka melalui Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) akan menganjurkan Seminar Product Update dan Travel Mart di Medan, Sumatera Utara, Indonesia pada 29 September hingga 1 Oktober 2011. Tujuan diadakan program ini ialah untuk mempromosikan destinasi Negeri Melaka untuk pasaran Medan selaras dengan operasi penerbangan Firefly dari Melaka – Medan – Melaka yang dijadualkan bermula pada 11 November 2011; di samping meningkatkan kerjasama perniagaan (business networking) di antara para pemain industri pelancongan Negeri Melaka dengan pemain industri pelancongan Medan khususnya dalam mempromosikan destinasi Melaka dan Medan secara lebih bersepadu.

3.         Berkaitan, bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka ingin menjemput organisasi Puan bersama 10 pengusaha (industry player) di bawah pentadbiran Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) untuk turut serta mengikuti program ini. Kos pakej bagi program ini adalah sebanyak RM888.00 bersih seorang di mananya ianya merangkumi tiket penerbangan (SZB/MES/SZB), bilik penginapan (twin sharing), makan (full board), pakej seminar, lawatan dan pengangkutan. Ingin dimaklumkan bahawa segala kos perbelanjaan bagi mengikuti program ini adalah di bawah tanggungan sendiri dan segala urusan pembayaran hendaklah dibuat atas nama ”TABUNG AMANAH PELANCONGAN NEGERI MELAKA”. Bersama-sama surat ini dilampirkan sesalinan itinerari serta borang penyertaan untuk makluman dan tindakan selanjutnya.

4.         Sekiranya pihak Puan perlukan maklumat lanjut berhubung urusan penyertaan, silalah hubungi Encik Abdul Kadir bin Md. Idris, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan  di talian 019-2130777 atau Encik Sa’ari bin Basiron, Pengurus Promosi Bahagian Promosi Pelancongan di talian 017-6057466.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

”MELAWAT MELAKA BERSEJARAH BERERTI MELAWAT MALAYSIA”
”MELAKA BANDARAYA WARISAN DUNIA, UNESCO”
”MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah



(HJH RUSNANI BT. LATIP)
Ketua Setiausaha Sulit
YAB Ketua Menteri Melaka



==================================================================================


PROGRAM SEMINAR PRODUCT UP-DATE DAN TRAVEL MART DI MEDAN, SUMATERA UTARA, INDONESIA PADA 29 SEPTEMBER – 1 OKTOBER 2011


29 September 2011 (Khamis)

MASA
PERKARA
LOKASI
0800 hrs
(WM)
Bertolak dari Melaka ke Lapangan Terbang Sultan
Abdul Aziz Shah,Subang
-Daftar masuk
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang
1340 hrs
(WM)
Berlepas Ke Medan melalui pesawat FY 3412
-
1355 hrs
(WIB)
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia,
Medan
Lapangan Terbang
Antarabangsa Polonia,Medan
1430 hrs
(WIB)
Daftar masuk ke Hotel
-
1500 hrs
-
1800 hrs
Majlis Perasmian Seminar Product Up –Date Dan Travel Mart oleh YAB Ketua Menteri Melaka
Aturcara:-
;Pendaftaran
;Ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka
;Ucapan YAB Ketua Menteri Melaka
;Tayangan Video Pelancongan
*Melaka Bandaraya Warisan Dunia
*Pelancongan Medan
;Taklimat 1 oleh BPP
;Taklimat 2 oleh Tourism Malaysia,Medan
;Taklimat 3 oleh Parawisata  Medan
;Sesi soal jawab
;Sesi Travel Mart
;Sidang Akhbar (PC)
;Majlis Bersurai


TBC
1930 hrs
(WIB)
Jamuan Makan Malam bersama YTH Gabenur Sumatera Utara
Rumah Kediaman YTH
Gabenur Sumatera Utara
2200 hrs
(WIB)
Bertolak balik ke Hotel
-


30 September 2011 (Jumaat)

MASA
PERKARA
LOKASI
0700 hrs
(WIB)
Sarapan pagi di hotel
- daftar keluar
TBC
0800 hrs
(WIB)
Bertolak dengan bas ke Berastagi
Berastagi
1030 hrs
Minum pagi bersama Tourism Players di Berastagi
Berastagi

1230 hrs
Makan tengahari di Hotel
TBC
1400 hrs-1800 hrs
Lawatan ke produk pelancongan sekitar Berastagi
TBC
1930 hrs
(WIB)
Majlis makan malam bersama PT Indopower International Medan dengan pengusaha perniagaan berpengaruh dari Medan
TBC
2200 hrs
(WIB)
Rehat
-


1 Oktober 2011 (Sabtu)

MASA
PERKARA
LOKASI
0800 hrs
(WIM)
Sarapan pagi di hotel
- daftar keluar
TBC
0900 hrs
(WIM)
Bertolak ke Medan
-
1300 hrs
(WIB)
Makan tengahari di Restoran Simpang Tiga
Restoran Simpang Tiga
1600 hrs
(WIB)
Berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah,Subang melalui pesawat FY 3413
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang
1800 hrs
(WIB)
Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,Subang dan seterusnya bertolak balik ke Melaka
-



Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP