WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Wednesday, July 18, 2012

AKADEMI PELANCONGAN MELAKA (APM)


KURSUS –KURSUS CUSTOMER SERVICE ANJURAN AKADEMI PELANCONGAN MELAKA

2.         Pembangunan modal insan merupakan salah satu elemen terpenting dalam membangunkan sesebuah organisasi. Akademi Pelancongan Melaka (APM) adalah merupakan salah satu anak syarikat agensi kerajaan yang telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi menjalankan kursus-kursus yang berkaitan industri hospitaliti.

3.         Bagi memantapkan lagi industri pelancongan Melaka melalui sumber logistik dan prasarana sedia ada agar sering dikunjungi, Akademi Pelancongan Melaka mengambil inisiatif dan langkah proaktif menganjurkan beberapa jenis kursus yang disasarkan kepada warga kerja yang berkaitan seperti  di Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan Kerajaan  dan swasta, pengusaha hotel, pengusaha homestay, kakitangan bank  serta individu yang berminat

4.         Kebolehan memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan adalah komponen yang penting di dalam sesebuah perniagaan atau organisasi. Kursus yang akan diadakan ini dapat membantu dalam memberi latihan secara teori dan amali  yang bersesuaian dalam perkhidmatan di sesuatu organisasi. Bersama-sama ini diserta aturcara kursus, flyers, dan borang kehadiran untuk makluman dan tindakan pihak Puan selanjutnya.

5.         Kerjasama Puan adalah dipohon untuk menghantar sekurang-kurangnya 2 orang peserta serta mengembalikan Borang Pengesahan Kehadiran yang telah lengkap ke pejabat Akademi Pelancongan Melaka melalui fax di talian 06 2822711. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Siti Noraissiah binti Ariffin di talian 06 2822700. Sokongan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU”


Kami dengan hormatnya,
AKADEMI PELANCONGAN MELAKA
Siti Noraissiah binti Ariffin
  Eksekutif Pengurusan 
  Akademi Pelancongan Melaka
  (T) 06 - 282 2700 
  (F) 06 - 282 2711
  (H/P) 011- 12762836

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP