WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Saturday, September 22, 2012

“Customer Service” Course Organized By Akademi Pelancongan Melaka Sdn Bhd on 27 Sept 2012 from 8.00 am to 4.30 pm At Menara Pertam, Taman Batu Berendam, Melaka


Rujukan kami              :           APM/UP/12(     )
Tarikh                          :           10 September 2012
 
Semua Ketua Jabatan Negeri Melaka
Semua Ketua Pengarah, Jabatan Persekutuan
Semua Pengarah Jabatan Negeri/Persekutuan Melaka
Semua Ketua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri/Persekutuan
Semua Ketua Agensi Negeri/Persekutuan
Semua Ketua Jabatan IPTA/IPTS Seluruh Negeri
 
YBhg Datuk/Tuan/Puan,
 
 
KURSUS  CUSTOMER SERVICE  ANJURAN AKADEMI PELANCONGAN MELAKA PADA 27 SEPTEMBER 2012 DI BILIK KULIAH APM
 
Salam Sejahtera dari Akademi Pelancongan Melaka….!
 
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.
 
2.       Pembangunan modal insan merupakan salah satu elemen terpenting dalam membangunkan sesebuah organisasi. Akademi Pelancongan Melaka (APM) adalah merupakan salah satu anak syarikat agensi kerajaan yang telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi menjalankan kursus-kursus yang berkaitan perkhidmatan pelanggan.
 
3.         Bagi memantapkan lagi industri pelancongan Melaka melalui sumber logistik dan prasarana sedia ada agar sering dikunjungi, Akademi Pelancongan Melaka mengambil inisiatif dan langkah proaktif menganjurkan kursus-kursus yang disasarkan kepada warga kerja yang berkaitan seperti  di Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan-jabatan Kerajaan  dan swasta, pengusaha hotel, pengusaha homestay, pengusaha restoran dan kedai makan serta individu yang berminat.
 
4.         Kebolehan memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan adalah komponen yang penting di dalam sesebuah perniagaan atau organisasi. Kursus yang akan diadakan ini dapat membantu dalam memberi latihan secara teori yang bersesuaian. Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan sesalinan butiran kursus yang akan dilaksanakan untuk makluman dan tindakan pihak YBhg Datuk/ Tuan/Puan selanjutnya.
 
 
5.         Kerjasama YBhg Datuk/Tuan/Puan adalah dipohon untuk menghantar sekurang-kurangnya 2 orang peserta serta mengembalikan Borang Pengesahan Kehadiran yang telah lengkap diisi ke pejabat Akademi Pelancongan Melakasebelum atau pada 26 September 2012 (Rabu) melalui fax di talian 06 – 335 8706. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urusetia kursus di talian 06 – 335 8705. Sokongan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
 
“MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU”
 
Kami dengan hormatnya,
AKADEMI PELANCONGAN MELAKA
 
 

Sk        :           1.         YBhg Datuk Nora Zain - Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah APM
 
                        2.         En Abd Kadir Md Idris   - Ketua Pegawai Eksekutif APM
 
 
 
Siti Noraissiah binti Ariffin
Eksekutif Pengurusan 
Akademi Pelancongan Melaka Sdn Bhd
(H/P) 011- 12762836

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP