WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Monday, November 26, 2012

Program Melaka Go Green 2012


Salam Hormat!


2.                  Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan Program Melaka Go Green 2012 dengan bertemakan Nurture Nature For Our Future pada 2 Disember 2012 (Ahad) diTaman Botanikal Melaka, Ayer Keroh, Melaka. Objektif program ini adalah untuk mendidik dan menanam sifat cintai hutan dan alam sekitar di kalangan pelajar dan belia, lebih-lebih lagi Melaka kini ke arah Negeri Bandar Teknologi Hijau, di samping memberikan pendedahan dan pendidikan kepada para peserta dalam mengenali khazanah hutan dengan lebih dekat lagi.

3.                  Selain itu, program ini turut membantu memberikan informasi dan pengalaman kepada para peserta dalam mengenali keunikan dan keistimewaan Taman Botanikal Melaka sebagai salah sebuah produk pelancongan Negeri Melaka selaras dengan temanya Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia.

4.                  Sehubungan itu, pentadbiran ini dengan sukacitanya menjemput  pihak YBhg. Datuk / Tuan / Puan untuk menyertai program ini pada ketetapan di atas bagi menjayakan program tersebut untuk faedah bersama. Bersama-sama ini dilampirkan Aturcara Program tersebut seperti di  Lampiran 1 untuk perhatian YBhg. Datuk / Tuan / Puan. Sila sahkan kehadiran anda kepada kami dan 500 penyertaan terawal akan memperolehi t-shirt, sijil penyertaan dan goodies bag. 

5.                  Sesungguhnya pelaksanaan program ini akan dapat memeriahkan lagi aktiviti pelancongan di Negeri Melaka selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka untuk menarik 12.5  juta pelancong datang ke Melaka pada tahun ini. 

"Melaka World Heritage City UNESCO"
"Visit Historic Melaka Means Visit Malaysia"

Best Regards,

Miss Asmaliana Ashari
R & D Manager,
Melaka Tourism Promotion Division,
Melaka Chief Minister Department,
Lot 6-10, Level 1, Melaka Media House,
MITC City, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel No. :             +6062328402      
H/P No. :             +60126355301      
Fax No. : +6062328367 
Website : www.melaka.gov.my
: www.asmaliana.com
Facebook: Tourism Melaka

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP