WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Wednesday, January 23, 2013

Perkembangan Pemikiran Abstrak

Pada kebiasaannya, pemikiran golongan yang dikenali sebagai manusia disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam rangkuman pemahaman bahasa dan ontologi bahasa mereka, dan Falsafah  sesebuah individu merujuk kepada pengalamannya sebagai seorang Manusia yang mungkin ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap  sekeliling mereka(yakni-alam benda, alam flora dan fauna yang ada  di sekeliling mereka).

Dalam erti kata itu, saya pernah binggung dengan persoalan falsampah tersendiri ini:

Saya pernah memikir secara mendalam mengenai kemungkinan yang kita ini  makluk yang amat bertuah, kerana kita ini amat berkuasa – untuk mencipta, untuk melakukan lebih daripada batas pengetahuan makhluk-makhluk Tuhan yang lain, tetapi  sabagai seorang individu, kita tidak mengetahuinya  atau memperlakukannya.

Maka, kemungkinan nya,jurang antara pengetahuan kehidupan harian kita dan kebenaran alam semesta tidak akan kita takluki tanpa pautan imaginasi dan pertanyaan kebudak-budakan.

Kita semua tahu alam semesta adalah tidak terbatas. Ia mengembang selama-lamanya. Nah, fikir lah secara mendalam sedikit tentang itu, dan lihat imej-imej yang di bawah.



Kelompok atom kelihatan seperti sistem suria.
Sel-sel otak kelihatan seperti alam semesta.

Adakah ia masuk akal  sekiranya kita mengandaikan yang sekiranya alam semesta adalah besar tak terhingga, ia juga boleh menjadi kecil tak terhingga? 

Terkini, kita difahami bahawa ahli-ahli warak telah mengenal pasti jirim atom bukanlah jirim  (particle) yang terkecil tetapi ada yang lebih kecil –dikenali sebagai  Quarks dan ianya disikan dengan jisim protons dan neutrinos.

Dalam keluasan alam mereka, bayangkan yang kita memerhatikan langit dan keluasannya dengan mata kita- maka,ini adalah keluasan Atom.

Sekarang bayangkan yang Quarks itu adalah kita yang sedang berdiri keseorangan dalam ruang kosong antara langit dan bumi. Itu adalah keluasan Protons. Manakala neutrinos pula hanya se lebar dan sekecil sehelai rambut kita !

Sedara-sedari, cuba bayangkan betapa kecilnya ciptaan Tuhan boleh merangkumi dan sekarang bayangkan adanya kemungkinan kehidupan yang kita belum kenal- pasti wujud didalam keluasaan alam semesta baru ini !

Sebaliknya, fikirlah  sekiranya kita juga cuma salah satu makhluk yang kecil dalam ruang yang kita kenali sebagai Bumi dan kita hanya dapat memahami saiz  dan jarak dari segi masa, dan ruang kita?

Maksud saya, andaikan satu badan air yang luas, dan  dunia dan alam kita sebagai riak air yang terhasil kerana sebuah batu telah dijatuhkan kedalam badan air yang luas itu. 

Andaikan masa dan jarak riak air itu adalah jangkamasa kehidupan kita dan perlakuan kita di kawal dalam kehadiran riak air itu sahaja. 
Tidak lebih dan tidak kurang. Dalam erti kata lain kita dan perlakuan kita ini  hanyalah sekadar setitik air dalam keributan angin taufan ALAM SEMESTA.

WOW.

Kebesaran kuasa Tuhan Maha Agung.

Ia adalah sesuatu yang benar-benar menarik untuk kita fikir. Maksud saya, bagaimana jika kita mempunyai bertrilion galaksi di  dalam jasad kita ini yang didiami kehidupan lain yang kita tidak kenali(selain daripada bacteria,virus dan pathogen-pathogen lain?)  

Bagaimana jika kita  manusia yang sedia ada ini cuma merupakan sejenis kehidupan dalam atom sebuah tapak kaki seseorang yang lebih besar saiznya?

Dapatkah kuasa ,saiz dan jarak kebesaran sebegitu di ulasi pemikiran kita?

Tidakkah anda tertarik memikirkan mengenainya?


Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP