WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Wednesday, February 27, 2013

Meraikan Chap Goh Meh

 SIDANG AKHBAR
23 Februari 2013 ( Ahad )

Seri Malaysia Melaka sekali lagi mengambil inisiatif dan menyahut saranan Perdana Menteri Malaysia ( Dato Seri Najib Bin Tun Razak ) iaitu perpaduan sesama kaum dalam konsep 1Malaysia,  meraikan Chap Goh Meh yang jika diterjemahkan bermakna “ Malam ke 15 Tahun Baru Cina”. Mengikut tradisi lama, acara utama festival itu ialah ribuan wanita akan menulis nama dan nombor telefon masing-masing untuk dilontarkan ke dalam sungai / tasik dan kemudian akan dikutip secara rawak oleh pengunjung lelaki.

Hari ini, sebilangan gadis muda yang dijemput pada program ini melontar buah limau beserta nombor telefon masing-masing ke dalam sungai Melaka, dan kemudian dikutip oleh pengunjung lelaki yang hadir.

Turut hadir, Presiden Persatuan Pelancongan Melaka, Ms. Madgelina Kuah, Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelancongan Melaka, Ms. Irene Huang, dan Pengurus Residen Seri Malaysia Melaka, Encik Ghafor Bin Aboo Bakar.

Para hadirin juga dihidangkan dengan makanan ringan ( Hi Tea ) di Malaccafe sambil dihiburkan alunan muzik dari kumpulan “ Body & Soul” .

Pihak hotel ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini, juga kepada pihak kolabrasi , iaitu Malaccafe, Perbadanan Sungai Dan Pantai Melaka, Malacca Tourism Association, Tourism Malaysia Melaka dan lain lain.

Kami juga berharap agar tradisi seperti ini tidak  dilupakan dalam zaman teknologi canggih ini dan tahun depan akan lebih meriah lagi.









Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP