WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Friday, February 14, 2014

Syabas Kepada Hotel Seri Malaysia!

Adakah anda tahu, perayaan Tahun Baru Cina sebenarnya disambut selama lima belas hari?

Hari Chap Goh Mei yang disambut pada hari ke-15 menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Walaupun hari terakhir dalam perayaan Tahun Baru Cina, tetapi hari Chap Goh Mei tetap disambut dengan meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. 


Pada hari Chap Goh Mei, orang Cina kebiasaannya mengadakan upacara sembahyang dan juga menyediakan masakan yang sedap untuk makan besar bersama dengan keluarga.

Selain itu, pesta Chap Goh Mei juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan tradisional Cina seperti perarakan tanglung, teka-teki, persembahan tarian naga dan singa, menyalakan bunga api dan opera Cina.

Hari Chap Goh Mei juga dianggap sebagai Hari Kekasih orang Cina secara tradisi.
Ianya bangkit terutamanya kerana bagi orang perempuan Cina yang bersikap tradisional pada masa lampau, kebebasan untuk keluar dari rumah adalah terhad dan biasanya mereka hanya dibenarkan keluar semasa hari perayaan besar.

Oleh itu, pesta Chap Goh Mei telah menjadi perayaan romantik kerana ia memberi peluang kepada para kekasih untuk bertemu dan berseronok bersama manakala bagi perempuan dan lelaki yang masih bujang, pesta Chap Goh Mei merupakan peluang yang baik untuk berkawan dan berkenalan antara satu sama lain.

Para perempuan dan lelaki yang masih bujang akan berkumpul di tepi tasik, laut atau sungai dan perempuan melontar limau manakala lelaki melontar  apple dengan menulis nama dan nombor telefon di atas limau dan apple itu dan melontarkannya  ke dalam tasik, laut dan sungai dengan hasrat mendapat pasangan yang secocok.

Selepas aktiviti melontar limau itu tamat, para lelaki akan berebut-rebut limau yang telah dilontar.

Aktiviti melontar limau untuk mencari pasangan dalam perayaan Chap Goh Mei sebenarnya berasal daripada kata pepatah orang Hokkien iaitu “dim gam ga ho ang, dim go chua ho bo” yang bermaksud melontar limau boleh mendapat suami yang baik manakala melontar buah apple boleh mendapat isteri yang baik dan pepatah ini seterusnya berevolusi  menjadi satu aktiviti tradisional yang utama dan romantik sempena perayaan Chap Goh Mei. 

Di Melaka bertuah ini, antara salah satu aktiviti penutup tahun raya Cina di negeri Melaka, Hotel Seri Malaysia  di bawah pengurusan pemiliknya, En.Sazali Sabri  tahun ini sekali lagi menganjurkan aktiviti melontar limau untuk mencari pasangan dalam perayaan Chap Goh Mei.

Aktiviti berkonsepkan pesta ini sudah pasti pastinya memeriahkan lagi kawasan pusat pelancongan Jam Besar serta memberi peluang kepada pengunjung-pengunjung  yang ke Melaka mengintai  serba sedikit perayaan sambutan bersama semua rakyat Melaka ini.

Syabas Kepada Hotel Seri Malaysia!






















Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP