WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Thursday, July 3, 2014

MASAKAN ORANG MELAKA !


Kebanyakkan daripada kita mengenali negeri Melaka kerana budaya berbilang bangsanya, sejarahnya, beraneka jenis barangan antik yang boleh didapati pada harga yang berpatutan dan kebudayaan kaum majmuk yang mempersonakan.

Tetapi tidak ramai dikalangan kita terutamanya bagi anda yang baru pertama kali mengunjungi Bandaraya Bersejarah, mengetahui bahawa terdapat satu rahsia yang tersimpan rapi, rahsia yang menyelerakan dan dalam keadaan tertentu, ianya bakal membuatkan diri anda terpegun?
(dan rahsianya adalah....jeng...jeng... MASAKAN ORANG MELAKA!).

Pertamanya kalau ke Kota Melaka yang indah ini dan tidak dicuba masakan asam pedas Melaka, tak sah kunjungan kita! Mencari restoren yang menyajikan masakan melayu bukan sesuatu yang susah di Melaka.
Kebanyakan restoren menyajikan masakan tradisional Melaka yang terkenal seperti asam pedas tetel yang kalau kena dengan ikan bakar dan cencalok memang puas!
Apa beza asam pedas Melaka dengan tempat lain ni?...Banyak bezanya, antaranya asam pedas Melaka kaya dengan penggunaan rempah ratus.
(Di sini biasanya mereka  guna ikan tebal pipi, seperti ikan tenggiri  yang memamg sedap, ikan merah pun best, ikan kembong- tak salah, semua boleh asal ikan banyak isi).


Melaka adalah salah satu dari negari di Malaysia yang penduduknya sangat beragam.Dengan beragamnya jenis penduduk itu maka sudah tidak menghairankan kalau di Melaka ini tersedia berbagai jenis makanan khas.

Tentu saja ada yang berupa makanan tradisional suatu suku dan banyak juga jenis makanan yang merupakan hasil kombinasi makanan khas satu suku dengan yang lain .

Percayalah, hidangan yang menyelerakan lagi melazatkan ini hanya boleh anda temui di negeri Melaka seperti gambar Ikan Bakar ala Portugis di bawah ini:



Contohnya satu lagi adalah laksa , salah satu makanan kegemaran ramai disini . Laksa ini adalah seperti sup dengan kuah santan yang gurih dan sedikit pedas . Isinya iaitu: tahu pong , udang , telur rebus dan mi .
Agak mirip – mirip sayur lodeh rasanya .


Tempat makanan dan orang ramai yang terkenal di Melaka untuk hidangan ini salah satunya di Jonker street.

Benar, anda mungkin boleh menjumpai hidangan sebegini di merata-rata kawasan lain di seluruh negara, tetapi jika anda berhajat untuk menikmati masakan Melaka tulen yang terbaik, anda memang berada di tempat yang tepat! Jangan dilupa selepas membaham Laksa Melaka untuk mencuba pula Cendol, ya ! Pasti UHMMPH !








Masakan Melaka boleh dikategorikan kepada empat variasi yang tidak ditemui ditempat-tempat lain di Malaysia seperti masakan Melayu Melaka, Nyonya Cina, Chetty India (satu budaya yang unik, kerana meskipun Chetti Melaka beragama Hindu dan dikatakan lebih kuat amalan agamanya, namun mereka hanya fasih berbahasa Melayu termasuk ketika bertutur dengan keluarga di rumah.


                                    Nasi Kebuli ala Chitty


Mereka juga tidak pandai berbahasa Tamil kecuali generasi baru. Melihatkan cara hidup mereka, tiada banyak beza dengan orang Melayu. Berkain batik di rumah, menu masakan saling tidak tumpah rasanya dengan menu orang Melayu, bermain congkak dan gasing, malah gemar menonton filem Melayu dan berkaraoke irama Dondang Sayang!)  dan masakan Portugis ala Melaka (seperti gambar ) yang menggambarkan keunikan negeri Melaka yang tersendiri.
                                           
    


Masakan Peranakkan (Nyonya) kebiasaanya pedas dan berempah sementara masakan Portugis seakan-akan hampir sama seperti masakan melayu.
Majoriti makanan yang ditawarkan dinegeri Melaka adalah murah dan lazat dan dalam situasi tertentu sebilangan makanan yang terbaik boleh didapati di gerai-gerai kecil peniaga, yang kurang dikenali.


Satu lagi lauk atau masakan tradisi masyarakat Melaka ialah masak lemak. Masak lemak di Melaka tidak terlalu pekat dan sedikit cair tetapi cukup enak.



Masak lemak siput sedut dengan batang dan isi keladi juga merupakan masakan popular masyarakat Melayu di Melaka.



Melainkan kepada pengemar-pengemar makanan tertentu dan juga mereka benar-benar arif dan mengetahui, Melaka penuh dengan lokasi lokasi makanan yang sememangnya lazat! Tanyalah orang sekeliling, sudah pasti ada yang bakal membawa anda menikmati hidangan yang terbaik yang anda sendiri belum pernah rasa.

Tidak ketinggalan juga ialah peluang untuk anda melawat Alor Gajah, semasa beristirehat di negeri ini. Nama Alor Gajah berpunca daripada tabiat sekumpulan gajah liar yang kononnya diketuai oleh seekor gajah putih. Gajah berkenaan dilihat sangat gemar berjalan secara berkumpulan menurut alur sebatang sungai yang terdapat di bandar ini. Atas keadaan itu penduduk tempatan menamakan bandar ini sebagai Alor Gajah.

Nasi padang ala Minangkabau di Alor Gajah mesti dicuba kalau kesini, siap berhampiran dengan kedai Kueh Udang Stesen Bas Alor Gajah.
Pasti membuka selera anda.


Kini, kami sudah melaksanakan peranan kami memaklumkan kepada anda mengenai rahsia  beberapa jenis masakan negeri Melaka ini yang mana tidak ramai yang mengetahuinya.
Dan kini peranan anda pula untuk kunjungi Melaka untuk merasai semua masakan yang boleh anda temui dan jumpa, ...Cuma lupakan sahaja diet atau pakaian mengikut bentuk tubuh dan cubalah nikmati segala apa yang ditawarkan di Melaka dan bila anda benar-benar puas merasainya datanglah lagi untuk kali kedua ...

Jadi, Apa Lagi, Marilah ke Melaka !

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP