WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Monday, December 29, 2014

2015: apa agaknya antara kemungkinan yang tersurat dan yang disirat untuk kami?

Editorial By Gunabalan:
Memandangkan dalam beberapa hari lagi, 2014 akan datang kepada penghujungnya dan kami sekali lagi bertuah menghadapi Tahun Baru, soalan yang kian di kias-kias kan  sepelosok negara ini adalah sebagai seorang insan  dan sebuah negara, apakah tema yang akan diguna pakai untuk diri sendiri dengan kemunculan 2015? 

Adakah tahun baru ini  akan membawa peluang yang baik untuk kita mencari kejayaan melangit dalam kerjaya kita tahun ini?  

Apa yang boleh kami sebagai rakyat harapkan, dan apa perubahan cara dan gaya hidup yang mungkin berada di hadapan ?

Jawapannya YA ! Kita mampu melaksanakannya sebagai seorang individu dan satu negara.
Bagaimana ya?   Melalui Transformasi :) 

2015 berkemungkinan menjadi tahun kita sebagai rakyat Malaysia mencipta semula diri kita dalam sphera sosial, media dan internet sebagai satu negara berbilang kaum yang majmuk sebagai mana kita sebenarnya dalam perlakuan seharian kita bersama jiran tetangga dan rakan rakan sekerja kita yang berbilang bangsa.

2015 membawa kepada kita  satu  peluang memulakan mukasurat baru dalam epilog negara yang telah sekian dekad memberi kami sebagai warganegara lebih daripada bahagian yang saksama  dalam kestabilan politik, keselamatan dalam negeri dan negara, dan agihan pendapatan berbanding negara negara asia yang lain . 

Tahun akan datang ini saya harap akan melihat pencerahan cemerlang daripada semua kerja keras dan dedikasi pihak kerajaan dan usahawan individu untuk meningkatkan taraf hidup sendiri dan masyarakat sekeliling melalui teknologi dan  arus permodenan

Banyak cabaran dan rintangannya, baik dari segi keselamatan bak juga dari segi kewangan dan kini melalui media sosial telah kita harungi bersama dan ketabahan serius kita sebagai satu negara dan keinginan sepadu kita untuk berubah akan memainkan peranan dramatik untuk menghasilkan wawasan kerajaan persekutuan untuk kita hidup  bebas berbagai bangsa dalam persekitaran yang majmuk.

Pada tahun 2014, kita sebagai individu disarankan bertanya diri sendiri apa yang sebenarnya kita mahu dari kehidupan kita dan duniawi kita, dan  adakah kita menolong atau menghindari dari usaha murni kerajaan menjadikan Malaysia lebih makmur.

Kelibatan anasir anasir yang negatif sepanjang 2013/2014 dan ungkapan ungkapan dan rintihan rintihan negatif mereka terhadap pemerintah dan pemerintahan mengenai Kos sara hidup yang semakin tinggi,paras hutang individu yang makin melonjak,dan ketirisan yang sering berlaku melalui projek projek mewah  membuat usaha dan ketelusan serta kegigihan pihak kerajaan dalam mencuba sesuatu yang baru dan mengambil risiko untuk manfaat hari akan datang rakyat sejagat jarang di ingati. 

Harapan dan niat saya sebagai seorang individu adalah supaya tahun akan datang membolehkan kita memperolehi kejayaan demi kejayaan dalam semua risiko yang diambil, dan melaluinya diharapkan dapat membawa perubahan baik dan cemerlang dalam hidup kita.  Saya juga ingin melihat Malaysia dan Melaka terus berkembang pada tahun 2015, dan orang-orang yang paling dekat dengan kita akan melihat kita mekar di hadapan mereka. . 

Akhirnya , dalam tahun baru ini, marilah kita bersama-sama bersinar dan berkongsi niat  untuk menghasilkan usaha serta kejayaan yang terbaik  untuk maju kehadapan dengan makmur sebagai individu dan satu negara untuk kebahagiaan semua !








Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP