WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Monday, February 23, 2015

Melaka Tourism related news

Gambar  Hiasan
MELAKA: Budaya kunjung-mengunjungi rumah jiran dan rakan sekampung berbilang kaum ketika musim perayaan perlu dipupuk kembali di kalangan kanak-kanak, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
Beliau berkata pada masa sekarang budaya yang merupakan suatu tradisi masyarakat Malaysia itu semakin terhakis dan ia perlu dikembalikan bagi memperkukuh perpaduan masyarakat terutama yang berbilang kaum di negara ini.
"Ketika saya kanak-kanak pada tahun 70an bila tiba Tahun Baharu Cina ini saya bersama sahabat saya pakat ramai-ramai pergi ke rumah anggota masyarakat Cina di kampung selalunya kami pergi rumah Ah San dapat angau 20 sen, rumah Yong Hock dan Ah Meng selalu dapat minum oren juga makan buah limau puas-puas.
"Budaya ini sebenarnya menambah kemesraan kami kanak-kanak dengan anggota masyarakat berbangsa lain di kampung malah mengajar kami tiada garis pemisah antara kaum di kampung kami, tetapi sekarang tidak ramai kanak-kanak didedahkan dengan perkara begitu," katanya.
Idris berkata pengalaman itu telah membentuk kemesraan dan perasaan tidak kekok ketika bersama masyarakat berbilang kaum di negara ini dalam dirinya terutamanya dalam usaha memahami isi hati mereka.
"Bila (bercampur) dengan masyarakat Cina dan India sebenarnya saya tidak pernah kekok kerana sejak kecil saya membesar dekat dengan mereka, malah saya melihat mereka seperti pakcik dan makcik saya. Ini yang perlu kita kembalikan di kalangan anak-anak kita," katanya. 
Gambar Hiasan
Manakala, Exco Pengangkutan Dan Pemulihan Projek negeri Datuk Lim Ban Hong berkata bahawa jumlah kemasukan kenderaan ke Melaka yang mencatatkan peningkatan bagi tempoh tiga hari sejak Rabu lepas bersempena cutiTahun Baharu Cina membuktikan negeri ini kekal menjadi destinasi pelancongan popular, kata Exco Pengangkutan Dan Pemulihan Projek negeri Datuk Lim Ban Hong. 
Beliau berkata bagi tempoh tiga hari itu, sebanyak 157,957 buah kenderaan dicatatkan memasuki Melaka melalui tiga plaza tol iaitu Ayer Keroh, Simpang Ampat di Alor Gajah dan Lipat Kajang di Jasin. 

"Tol Ayer Keroh mencatatkan kemasukan kenderaan tertinggi melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan kemasukan kenderaan ke negeri ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.     

Katanya sebanyak 48,793 buah kenderaan direkodkan memasuki Melaka melalu itiga tol tersebut pada hari pertama pemerhatian dilakukan berbanding 46,909 buah pada hari sama tahun lepas. 

Pada hari kedua dan ketiga pula masing-masing merekodkan kemasukan kenderaan berjumlah 56,840 dan 52,324 buah berbanding 51,981 dan 54,015 buah pada tahun lepas, katanya. 

Lim berkata walaupun kemasukan kenderaan meningkat namun keadaan trafik masih terkawal dengan pemantauan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
Berita  dikutip daripada:   
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/02/21/melaka-kekal-destinasi-popular/

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP