Skip to main content

Pantai Puteri, Melaka.

MELAKA 6 April - Laporan surat khabar UTUSAN.com.my





Senario hujung minggu di Pantai Puteri di sini bagaikan pesta dengan kehadiran ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Pantai yang dahulunya dikenali dengan nama Pantai Kundor itu bukan lagi asing dalam kalangan pengunjung berbilang kaum daripada pelbagai peringkat usia.

Selain suasana pantai yang nyaman, kebersihan serta keindahan Pantai Puteri menjadi antara faktor tarikan utama pengunjung.

Ditambah dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk memancing, riadah, berkhemah dan berkelah, pantai yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar itu aktif dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan terutama setiap kali tibanya hujung minggu, cuti umum dan cuti persekolahan.

Biarpun Melaka mempunyai pelbagai destinasi pelancongan menarik di ketiga-tiga daerahnya iaitu Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah, namun Pantai Puteri tidak pernah kalah dari segi bilangan pengunjung.

Tinjauan Utusan Malaysia di pantai yang terletak antara dua mukim iaitu Tanjung Keling dan Tangga Batu itu baru-baru ini menyaksikan bukan hanya pengunjung tempatan, malah pengunjung dari luar Melaka termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor ‘mencuri masa’ menjalani aktiviti kekeluargaan di sana.

Deruan ombak yang menenangkan serta panorama indah matahari naik dan terbenam menghadap Selat Melaka sepanjang 2.5 kilometer pantainya itu memberikan lebih kepuasan kepada pengunjung.

Rata-rata mereka yang ditemui bukan hanya memberi maklum balas positif terhadap perubahan pantai berkenaan jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, malah mengharapkan pantai tersebut dapat berkembang dengan lebih baik pada masa akan datang.

Sejajar dengan peredaran masa, Pantai Puteri yang telah diwartakan sebagai salah satu kawasan pelancongan di negeri ini telah dilengkapi dengan pelbagai prasarana utama.
Ini termasuk bekalan elektrik, masjid, tandas awam, restoran dan kedai makan berhampiran serta kemudahan penginapan termasuk hotel serta calet.

Biarpun banyak perubahan yang dialami namun aktiviti perikanan oleh para nelayan yang ditinggal di perkampungan sekitar pantai itu menambah lebih variasi kepada pengunjung.

Bukan hanya dapat melihat aktiviti para nelayan menjalankan kerja-kerja menangkap hasil laut malah, pengunjung berpeluang membeli pelbagai hasil laut segar termasuk ikan, ketam, sotong dan udang di gerai jualan berhampiran pada harga berpatutan.

Beberapa tahun lalu, Pantai Puteri pernah dipalit isu hakisan yang serius namun, usaha kerajaan negeri menangani masalah itu ternyata berhasil sehingga me­rubah wajah pantai itu ketika ini.

Daripada sebuah kawasan yang penduduknya banyak bergantung kepada hasil laut, pertanian dan industri, kini terdapat banyak peluang pekerjaan dengan lebih banyak resort dan hotel-hotel baharu di bina di situ.

Antara prasarana lain yang turut dilengkapi sekitar pantai itu termasuk sekolah, balai raya, klinik kesihatan dan balai polis.

- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/melaka/keindahan-pantai-puteri-memukau-1.78021#sthash.Z090p1et.dpuf

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Manisan & Kuih Muih Melaka

Hari ini saya nak mengenalkan anda kepada salah satu sebab orang kat Melaka ini semua manis –manis belaka   :)  Ha! Kalau nak tahu , bacalah isian kat bawah mengenai kuih muih Melaka - Sebabnya mereka "king" bila  buat dessert atau kuih muih. Mula-mula satu tempat kat Jalan Tengkera.
Charlie's place namanya. Rumahnya agak tersorok sikit dan directly opposite Masjid Tranquerah,Melaka. Aku bila scan tempat dia tu,  aku dapatibanyak pelanggan mereka yang membeli hanya beberapa potong kuih – kuih ini untuk sarapan atau untuk makanan ringan harian. Bila ditanya,kebanyakan dari mereka membeli di sini kerana banyak pilihan kueh dan rasanya cukup bagus. Tour bus pun selalu datang kesini, tau! Alamat kedai /kilang kuih yang kat Tengkera tu ada dibawah ni, :72, LorongPantaiTengkera 2c,Tengkera,Melaka,Malaysia (GPSCoordinate: N2.20325 E102.23149). 
Salah satu tempat lagi aku rekomenkan anda boleh menempah kuih muih Nyonya dalam jumlah yang besar untuk acara-acara seperti open house dan p…

Giant Burger di Masjid Tanah, Melaka

MASJID TANAH - Kepada penggemar burger bakar, korang kena cuba Burger Bakar Masjid Tanah. Kalau nak Giant Burger 1.5kg sebesar pinggan pun hado, boleh la share reramai! 
Lepas tu, kalau korang ada majlis keraian besday ke, bertunang ke, kahwin sekalipun, kalau nak kelainan boleh tempah Burger Warna Warni atau Kek Burger Bertingkat! 
Berapa tingkat nak boleh adjust ikut budget. Booking awal2. Memang orang akan ingatlah majlis korang!




Burger Bakar Masjid Tanah
Lokasi: Gerai No.1Bukit Beringin , 78300 Masjid Tanah Melaka
Operasi: Isnin - Sabtu 5pm - 12am
Hubungi: Mohd Hairi Hussin 013-6113577 atau 017-3157808

Doris Pastry Cafe, Kota Laksamana.Melaka (06-288 8536)

New Cake and Pastry Cafe located behind Bank Of China row in Kota Laksamana. Its seems hidden in plain sight but is fast gaining a good reputation amongst the Facebook literate young crowd for its selection of pastry and choices of Moon cake varieties.The morning I was there with my Family, it was almost 3/4 full. Mostly with the grandparents and young adults in tow testing out the special puppy chocolate mousse!Prices are on the high end for most cafe items but ambiance is geared towards open minimalistic style which seems to be favored by the crowd.Food is tasty but service can be confused especially if crowd is heavy. Overall, if they survive the first year, they are on their way to being an open secret the locals go to for good pastry and Cakes!