WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Wednesday, April 22, 2015

Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh

MELAKA . April – Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh yang terletak bersebelahan Kompleks Seri Negeri berjaya menarik kira-kira 6,000 pengunjung setiap tahun.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Pantai, Sungai dan Pulau-pulau negeri, Datuk Ghazale Muhamad berkata, taman berkeluasan 5.3 hektar itu dibuka secara percuma kepada umum dan telah dirasmikan pada 1 Julai 2007.



Menurutnya, taman yang te­lah diwartakan sebagai salah satu produk pelancongan negeri ini menempatkan lebih 200 spesies induk pokok bunga pelbagai jenis serta tumbuhan herba.

“Pembangunan taman ini mela­lui dua fasa dan kos keseluruhannya menelan kira-kira RM12 juta tidak termasuk kos penyelenggaraan taman ini untuk setiap tahun. “Penjagaan dan penyelenggaraan taman ini diselia di bawah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan dipantau oleh Jabatan Landskap negeri bagi memastikan taman ini sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Bagi kos penyelenggaraan ia memerlukan kos yang agak tinggi iaitu MPHTJ mengeluarkan kira-kira RM15,000 setiap tahun untuk mengekalkan keindahan taman ini yang sesuai menjadi tempat riadah dan tarikan pelancong,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan produk pelancongan di taman berkenaan di sini, hari ini.

Ghazale berkata, daripada lawatan itu, pihaknya mendapati beberapa perkara yang perlu ditambah baik terutamanya dari segi penjagaan pokok taman selain mengekalkan keindahannya supaya bersesuaian dengan nama Taman Seribu Bunga.

Katanya, pihaknya juga telah meminta MPHTJ membuat satu kertas kerja untuk menambah baik taman itu dan akan cuba memohon peruntukan dari Kementerian Pelancongan untuk menjadikannya lebih menarik.

“Kita yakin taman ini mampu menarik lebih ramai pengunjung dan boleh menjadi salah satu tempat pelancongan pilihan kepada pengunjung untuk berehat dan beriadah.
“Selain itu pelbagai kemudahan turut disediakan di taman ini seperti surau, tandas sebagainya untuk kemudahan para pengunjung,” katanya.




- See more at: http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/taman-seribu-bunga-tarik-6-000-pengunjung-setiap-tahun-1.78109#sthash.kEVdDaOu.dpuf

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP