Skip to main content

Sambutan makan malam bersama Tahun Baru Tamil ke-2 (Perayaan Tahunan Bulan Chittirai) Rangkaian Dewan Usahawan India Melaka

Rangkaian Dewan Usahawan India Melaka
                                    KENYATAAN AKHBAR  untuk terbitan SEGERA





18.14.2015 
{Rangkaian Dewan Usahawan India Melaka}

-Mula-

Sambutan  makan malam bersama  Tahun Baru Tamil ke-2 (Perayaan Tahunan  Bulan Chittirai) Rangkaian Dewan Usahawan India  Melaka  pada 18/04/15 @ jam 19:00 di Straits Hotel, Melaka dialu-alukan oleh ahli-ahli IEcM dan tetamu kehormat jemputan mereka  yang di dihormati, dengan penyertaan beberapa tokoh-tokoh tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai platform perniagaan.

Sebagai titik pertemuan untuk usahawan India tempatan, serantau dan antarabangsa dalam bidang perniagaan dan juga pengurusaannya, pemilik kecil-kecilan  perniagaan, pihak berkanun, wakil & Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, program Makan Malam rangkaian ini menyumbang ke arah pembinaan keupayaan rangkaian dan pembangunan pengetahuan dalam komuniti perniagaan India tempatan.

Rangkaian dan setiakawan di kalangan penyokong  ahli-ahli kami, dan rakan-rakan  kami dalam industri ini menolong memberi tumpuan agenda  rangkaian ahli  perniagaan kami menaik taraf dan mengikuti perkembangan berita terkini, amalan baru, metodologi, dan  cara kemas kini dengan pemilik perniagaan yang lain dari Industri perniagaan.

Sambutan Makan Malam Tahunan Bulan Chittirai kami  merupakan kemuncak pencapaian dan kemajuan ahli-ahli dan penyokong IEcM  yang meliputi pelbagai  perniagaan, acara, platform kebajikan & sosial serta  menyuburkan rangkaian dan perkongsian maklumat sfera pemilik perniagaan  dan menyediakan platform untuk kumpulan-kumpulan pelbagai  ragam ini untuk datang bersama-sama untuk manfaat bersama tahun ini.

Dalam pada itu,  Sambutan  meriah Majlis Makan Malam Tahunan Chittirai IEcM ini juga mempamerkan kekuatan rakan-rakan perniagaan dan penyokong kami  bersatu dan bersama dengan ahli-ahli kami yang terkini  dan bantuan berharga mereka untuk menyertai acara-acara rangkaian ini, melalui pelbagai seminar dan perhimpunan sosial  kami sejak dua belas bulan dahulu dan banyak lagi adalah bukti  setiakawan mereka kepada keahlian kami.

Tahniah kepada mereka semua!

Penyertaan rakan-rakan seperjuangan kami dari Singapura, Sri Lanka & Indonesia dalam sambutan Makan Malam Chittirai IEcM dengan kami tahun ini adalah amat dihargai dan menggalakkan  terutamanya bagi keahlian dewan kita. 

Menghalusi trend ini, jawatankuasa pengurusan dewan akan secara aktif melibatkan diri mereka dengan lebih banyak aktiviti sosial tempatan, serantau dan antarabangsa yang membantu menyemarakkan  semangat perkongsian maklumat & rangkaian di kalangan keahlian kami.

Kami benar-benar percaya  matlamat suci kami  membantu kearah mengintegrasikan visi dan matlamat dewan  kami  dan akan berjaya menerapkan nilai nilai murni  dewan ini serta  mengiktibarkan matlamat bertukar pandangan dan cadangan dan idea-idea yang inovatif kepada keahlian kami.

Ringkasnya, Rangkaian  Dewan Usahawan India Melaka (IEcM) telah menyaksikan tahun lepas dengan penyertaan yang luar biasa dari masyarakat perniagaan, NGO,  badan berkanun dan  kumpulan -kumpulan sfera sosial  lain yang telah mengambil bahagian dalam kejayaan bersama kami  atas matlamat menolong  meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat India  niat dewan kami, serta matlamat dan kejayaan keahliannya
 
- Akhir -

 
Gunabalan.
Setiausaha Kehormat
Rangkaian Dewan Usahawan India Melaka
Tel: 012 6050446
E-Mel: gunabalan67@yahoo com

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Manisan & Kuih Muih Melaka

Hari ini saya nak mengenalkan anda kepada salah satu sebab orang kat Melaka ini semua manis –manis belaka   :)  Ha! Kalau nak tahu , bacalah isian kat bawah mengenai kuih muih Melaka - Sebabnya mereka "king" bila  buat dessert atau kuih muih. Mula-mula satu tempat kat Jalan Tengkera.
Charlie's place namanya. Rumahnya agak tersorok sikit dan directly opposite Masjid Tranquerah,Melaka. Aku bila scan tempat dia tu,  aku dapatibanyak pelanggan mereka yang membeli hanya beberapa potong kuih – kuih ini untuk sarapan atau untuk makanan ringan harian. Bila ditanya,kebanyakan dari mereka membeli di sini kerana banyak pilihan kueh dan rasanya cukup bagus. Tour bus pun selalu datang kesini, tau! Alamat kedai /kilang kuih yang kat Tengkera tu ada dibawah ni, :72, LorongPantaiTengkera 2c,Tengkera,Melaka,Malaysia (GPSCoordinate: N2.20325 E102.23149). 
Salah satu tempat lagi aku rekomenkan anda boleh menempah kuih muih Nyonya dalam jumlah yang besar untuk acara-acara seperti open house dan p…

Giant Burger di Masjid Tanah, Melaka

MASJID TANAH - Kepada penggemar burger bakar, korang kena cuba Burger Bakar Masjid Tanah. Kalau nak Giant Burger 1.5kg sebesar pinggan pun hado, boleh la share reramai! 
Lepas tu, kalau korang ada majlis keraian besday ke, bertunang ke, kahwin sekalipun, kalau nak kelainan boleh tempah Burger Warna Warni atau Kek Burger Bertingkat! 
Berapa tingkat nak boleh adjust ikut budget. Booking awal2. Memang orang akan ingatlah majlis korang!




Burger Bakar Masjid Tanah
Lokasi: Gerai No.1Bukit Beringin , 78300 Masjid Tanah Melaka
Operasi: Isnin - Sabtu 5pm - 12am
Hubungi: Mohd Hairi Hussin 013-6113577 atau 017-3157808

Seri Malaysia Melaka Ramadhan Buffet Promo