WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Saturday, July 4, 2015

Festival Kuih Tradisional Aidilfitri Melaka 2015


Festival Kuih Tradisional Aidilfitri Melaka 2015 Pada 5 Julai Ini




Kuih  ROS

Kuih Wajik

Kuih Koya

Kuih Denderam

Kuih Bahulu

Kuih Karas

MELAKA, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Melaka akan menganjurkan Festival Kuih Tradisional Aidilfitri Melaka 2015 pada Ahad ini selama sehari di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan & Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Rim, Jasin dekat sini.

Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, Pantai dan Pulau-Pulau Melaka Datuk Ghazale Muhamad berkata 7,000 pengunjung dijangka memeriahkan festival bermula dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam itu.

Beliau berkata festival itu bertujuan mengimbas kembali keunikan cara penyediaan kuih-kuih tradisional yang semakin dilupakan oleh masyarakat kini terutamanya para belia.

"Tujuan kita juga hendak menyemai semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat tempatan dan memperkenal budaya kita kepada pelancong dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran Aidilfitri ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ghazale berkata demonstrasi pembuatan sebanyak tujuh jenis kuih akan diperlihatkan iaitu kuih bahulu, kuih ros, kuih denderam, kuih karas, kuih koya, dodol dan wajik.

Katanya festival itu turut diserikan dengan pembuatan bekas simpanan tradisional dodol atau topong dodol diperbuat daripada anyaman mengkuang, yang terbesar di Malaysia berdiameter 0.76 meter dan pihaknya telah menjemput Malaysia Book of Record bagi mengiktiraf pencapaian itu.


-- BERNAMA

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP