WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Tuesday, August 4, 2015

Melaka jangka tarik pelaburan Guangdong lebih RM20b-Bernama

KETUA Menteri, Datuk Seri Idris Haron

Kerajaan Negeri Melaka menjangka mampu menarik pelaburan lebih RM20 billion dari wilayah Guangdong, China, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Ini berikutan kelebihan sektor perindustrian Melaka yang berkembang pesat dan dilihat mampu menampung keperluan hab perindustrian wilayah China berkenaan, katanya. 

Katanya, pelabur di Guangdong ternyata amat berminat untuk membuka sebuah kawasan perindustrian di Asia Tenggara, malah telah menyebut Melaka sebagai lokasi terbaik bagi mewujudkan kawasan seumpamanya. "Saya yakin jika ini menjadi kenyataan, ia dikenali Melaka-Guangdong Industrial Park dan sekali gus boleh ditambah nilai menjadi Zon Perdagangan Bebas.

 "Kita juga menjangkakan pelaburan ini dapat menawarkan antara 5,000 hingga 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini," katanya. 

Belau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka anjuran Jabatan Pendidikan Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Idris berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa tapak di daerah Jasin bagi mendirikan kawasan perindustrian berkenaan dengan keluasan permulaan 2,500 ekar atau 1,011.71 hektar. Guangdong juga, katanya, lebih meminati sektor perindustrian elektrikal berikutan kedudukannya antara wilayah pengeluar utama barangan elektrik dunia. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/72045

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP