Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, inisiatif melibatkan tenaga pakar zoo dari negara ber­kenaan bertujuan untuk mengatasi masalah penurunan ketara kunjungan orang ramai ke zoo tersebut dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
Menurut Idris, kemerosotan bilangan pengunjung ke satu-satu­nya zoo di Melaka itu agak serius di mana sepanjang tahun ini hanya 260,000 pengunjung dicatatkan berbanding 720,000 penunjung pada 2010.
“Usaha membawa pakar zoologi ke negeri ini seterusnya diharap mampu mengembalikan semula kegemilangan Zoo Melaka suatu masa dahulu yang menjadi destinasi wajib para pengunjung ke negeri ini.
“Penambahbaikan melalui inisiatif berkenaan bukan sahaja diharap dapat merancakkan zoo pada waktu siang malah turut menaikkan aktiviti malam di Zoo Melaka dengan adanya pakar yang akan berkongsi kepakaran me­ngendalikan Night Safari.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

50 BAS BAKAL BEROPERASI DI BANDARAYA MELAKA HUJUNG 2016

Exco Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Datuk Lim Ban Hong berkata dengan penambahan tersebut bakal meminimumkan kesesakkan lalu lintas di kawasan bandar sekali gus meningkatkan lagi kualiti sistem pengangkutan awam negeri.