WORLD HERITAGE DESTINATION

WORLD HERITAGE DESTINATION

Tuesday, January 26, 2016

Apa dipertaruhkan dalam perbahasan TPPA hari ini

Bagaimanakah perniagaan di Malaysia dan polisi umum akan ditentukan hari ini susulan perdebatan ahli Parlimen sama ada Putrajaya perlu menandatangani perjanjian yang disifatkan pakar sebagai perjanjian perdagangan terbesar dalam sejarah
Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) mencetuskan debat begitu besar pemimpin pembangkang berbanding perjanjian-perjanjian sebelum ini dalam 12 negara menyertainya.
Penentangan terbesar ialah daripada parti Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama sendiri, yang memberikan jaminan untuk menolaknya.
Ini kerana TPPA memaksa anggotanya tunduk kepada standard seragam seperti operasi perniagaan, hubungan pekerja, perlindungan alam sekitar, dan hak cipta intelek. Untuk melaksanakannya, negara-negara terlibat perlu meminda undang-undang dan akta sedia ada, proses yang dipanggil ratifikasi.
Walaupun Putrajaya tidak memerlukan persetujuan Parlimen untuk melaksanakannya, Menteri Perdagangan Antarabangsa, dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Putrajaya hanya akan melaksanakannya apabila menerima persetujuan majoriti ahli Parlimen.
Barisan Nasional (BN), parti yang memerintah mempunyai ahli lebih daripada mencukupi untuk meluluskannya walaupun terdapat bantahan daripada PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP, dan sebahagian pemimpin PAS.
Ini merupakan kunci utama apa yang akan menjadi taruhan sekiranya Malaysia menandatangani TPPA.
Namun begitu, walaupun Malaysia menandatanganinya bulan depan di New Zealand, ia hanya akan berkuatkuasa pada 2018, 2 tahun selepas proses ratifikasi dilaksanakan.
Manfaat
* Akses kepada pasaran dan pelaburan.
TPPA akan meliberalkan kesemua pasaran di 12 negara anggota dan membenarkan kerjasama dibentuk dengan mudah dalam negara-negara berkenan.
Penyokong TPPA seperti Mustapa katakan, sekatan perdagangan terhadap 4 pasaran baharu akan dibuka kepada syarikat Malaysia – AS, Kanada, Mexico dan Peru.
Syarikat Malaysia juga akan mempunyai lebih banyak akses ke dalam pasaran Jepun, Chile, Vietnam, Brunei, Singapura, Australia, dan New Zealand.
Analisis manfaat kos kementerian menunjukkan tambahan antara AS$136 bilion ke AS$239 bilion dalam pelaburan asing akan meningkat ke dalam negara dalam tempoh 10 tahun selepas 2018.
Negara juga akan menikmati pertambahan 0.6% ke 1.15% output ekonomi menjelang 2017, menurut laporan Price Waterhouse Coopers (PwC). 
Laporan PwC juga mengatakan syarikat berasakan eksport akan menerima manfaatnya, manakala mereka yang memberikan fokus kepada pasaran domestik akan menerima persaingan sengit daripada syarikat asing.
Perlindungan kerajaan untuk syarikat Bumiputera sebahagian besarnya akan terpelihara, kata laporan PwC.
* Undang-undang buruh.
Negara anggota perlu mengubah 26 undang-undang sedia ada, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, sekiranya TPPA ditandatangani dan salah satunya menyentuh isu buruh.
Penyokong mendakwa pekerja akan menerima lebih banyak perlindungan kerana TPPA memudahkan kesatuan sekerja dibentuk dan diiktiraf, serta membenarkan pekerja asing menyertai kesatuan dan memegang jawatan rasmi.
Sekatan terhadap perkara yang boleh dirundingkan dalam sesi perbincangan akan dibuang dan memudahkan pekerja menganjurkan mogok. 
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri DrRebecca Fatima Sta Maria berkata, gaji dalam beberapa sektor juga akan meningkat. 
* Perlindungan alam sekitar
Anggota TPPA perlu mematuhi perjanjian alam sekitar global dan menguatkuasakan larangan penyeludupan hidupan liar atau berdepan sekatan ekonomi.
Risiko
* Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS)
Salah satu aspek yang perlu diberikan perhatian dalam TPPA ialah ia membenarkan syarikat asing menyaman kerajaan sekiranya membuat keputusan yang memberikan kesan kepada pelaburan syarikat di dalam negara.
Pengkritik seperti Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, ia akan melumpuhkan keupayaan Putrajaya untuk meluluskan undang-undang dan membentuk polisi. Laporan PwC mengatakan undang-undang berkenaan perlu mematuhi terma-terma dalam bahagian pelaburan TPPA.
Namun, laporan PwC juga mengatakan terdapat terdapat perlindungan untuk membenarkan kerajaan membuat undang-undang berhubung kesihatan awam, keselamatan, dan alam sekitar dan untuk mencegah saman yang tidak masuk akal.
Profesor undang-undang Universiti Malaya, Gurdial S. Nijar berkata dalam kes ISDS baru-baru ini menunjukkan perkara itu, yang mana turut terdapat dalam perjanjian-perjanjian perdagangan lain, tidak menghalang kerajaan daripada disaman. 
Laporan PwC mengatakan Putrajaya perlu mempunyai dana bagi berdepan kemungkinan kes ISDS.
* Ubat-ubatan
Penyokong mendakwa, harga ubat-ubatan, perisian, dan buku teks, tidak akan mengalami kenaikan disebabkan perlindungan hak cipta intelek.
Santiago dan kumpulan pesakit bagaimana mendakwa, ubat-ubatan akan lebih mahal dan dalam tempoh yang lama. Ini kerana perlindungan pesakit menyukarkan ubat lebih murah, alternatif generik untuk berada dalam pasaran, kata Santiago.
Sejenis ubat biologi, kata Santiago, yang mana diperlukan untuk merawat kanser buat masa ini tidak dilindungi. Secara teorinya, ubat generik lebih murah boleh dicipta. Keupayaan ini akan hilang pada awal pelaksanaan TPPA kerana mereka mengenakan perlindungan bagi ubat-ubatan biologi.
* Kehilangan pekerjan
Kajian Institut Global Development and Environment (GDAE) mencabar jangkaan kementerian berkenaan manfaat kepada gaji dan peluang pekerjaan.
Sebanyak 771,000 pekerjaan akan hilang, kebanyakannya di AS, kata GDAE. Negara-negara membangun seperti Malaysia juga akan menyaksikan pekerja kehilangan pekerjaan dan gaji. 
Prof Jomo Kwame Sundaram berkata, TPPA akan menyebabkan perniagaan dalam negara terlibat berkembang menjadi lebih kompetitif dengan memotong kos buruh yang memberi kesan negatif kepada pengagihan pendapatan dan melemahkan permintaan domestik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.Prof Jomo Kwame Sundaram berkata, TPPA akan menyebabkan perniagaan dalam negara terlibat berkembang menjadi lebih kompetitif dengan memotong kos buruh yang memberi kesan negatif kepada pengagihan pendapatan dan melemahkan permintaan domestik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Januari, 2016.
Prof Jomo Kwame Sundaram, yang merupakan penulis bersama kajian berkenaan berkata, ia akan mencipta lebih banyak ketidaksamarataan kerana industri akan menerima eksport rendah untuk bersaing.
Pengeluaran untuk eksport akan digantikan dengan pengeluaran untuk pasaran domestik dan memberikan kesan negatif.

Eksport tidak memerlukan buruh yang banyak dan lebih banyak menggunakan produk import berbanding pengeluaran domestik, kata Jomo, bekas pegawai kanan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Keduanya, perniagaan dalam negara terlibat akan berkembang menjadi lebih kompetitif dengan memotong kos buruh. Ini akan memberikan kesan negatif kepada pengagihan pendapatan dan melemahkan permintaan domestik, katanya. – 26 Januari, 2016.

Blog Archive

MALAYSIAN FLAG

MALAYSIAN FLAG

"Rojak " Video By The Suleiman Brothers

object width="425" height="344">

The Malacca Story (Chinese version)

with courtesy to asmaliana-BPP

The Malacca Story (part 2)

The Malacca Story (part 3)

With courtesy to Asmaliana-BPP