Taman Buaya Melaka



Hai Semua... Lama Geng Buaya tak update info ek.. Ok hari ni kami nak share pasal satu lagi spesis ular berbahaya. 

Kebiasaannya ular ini selalu berkeliaran di kawasan rumah/kebun/semak samun. Warna kulit yang seakan menyamai warna persekitaran membuatkan ramai mangsa tidak dapat mengesan kehadiran "beliau". 

India, Melayu, Cina memanggil ular ini "KING COBRA"!! King Cobra merupakan ular berbisa TERBESAR di dunia!! 

Panjangnya boleh mencecah sehingga 20 kaki. King Cobra merupakan "cannibal" kerana diet pemakanannya adalah spesis ular yang bersaiz kecil darinya dan juga biawak. 

Kecenderungan King adalah pada suhu badan & pergerakan mangsa. Serangan akan berlaku sekiranya "King" melihat ada pergerakan mangsanya di hadapan dan juga sekiranya king dapat merasai suhu badan mangsa yang paling hampir dengannya. 

Bisa seekor "King" dewasa mampu membunuh sehingga 20 orang dewasa / seekor gajah. 

Macam mana nak elak dipatuk oleh "King"?? 

Pertama sekali sekiranya anda terserempak dengan "King" dalam situasi kepalanya sudah tegak berdiri, sila kurangkan pergerakan anda. Kawal pernafasan anda sehabis baik untuk mengelakkan "King" mengesan suhu badan anda. 

Sila langkah 1 kaki anda ke belakang seluas-luasnya bagi menjauhkan jarak anda dari "beliau" , pusingkan badan anda perlahan-lahan dan terus buat larian marathon selaju yang boleh dan tinggalkan "beliau" di belakang. Sekiranya anda berpatah balik, maut akan mengundang anda!!! 😓😖😖😖



Ada masa jemput la dtg, ambil gambar dgn buaya 🐊🐊

Popular Posts