Skip to main content

SIDANG MEDIA YAB TUAN ADLY BIN ZAHARI 2 OGOS 2018




Adly Zahari
SIDANG MEDIA
YAB TUAN ADLY BIN ZAHARI
2 OGOS 2018
1. PROJEK PENAMBAKAN LAUT
• Semua permohonan penambakan laut selepas ini perlu disertakan dengan pelan pembangunan yang dirancang bagi memastikan pembangunan yang teratur.
• Semua syarikat yang diberikan kelulusan untuk melaksanakan projek penambakan laut perlu meletakkan penanda bagi kawasan/koordinat kawasan yang diluluskan bagi memudahkan pemantauan aktiviti tambakan.
2. PEMBANGUNAN DI PULAU BESAR
• Pulau Besar akan dijenamakan semula bagi mengubah persepsi dan reputasi Pulau Besar daripada sebuah pulau yang dikaitkan dengan perkara khurafat dan keramat kepada pusat destinasi pelancongan sepertimana Pulau Langkawi.
• Berhubung masalah bekalan air bersih di Pulau Besar yang terjejas ekoran kerosakan / kebocoran saluran paip dasar laut yang berpunca daripada sauh bot-bot nelayan, Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan kawasan saluran paip digazetkan sebagai kawasan larangan untuk menangkap ikan.
• Langkah ini bertujuan menghindari insiden yang sama daripada terus berulang. Dalam tempoh 2 tahun sebanyak 4 insiden kebocoran paip bekalan air ke Pulau Besar telah berlaku dan SAMB telah membelanjakan sejumlah RM 1.5 juta untuk kerja-kerja baik pulih.
3. PEMBANGUNAN PULAU UPEH
• Perbadanan Ketua Menteri (CMI) diarah memantau kemajuan dan prestasi pembangunan di Pulau Upeh supaya ia dapat disiapkan mengikut perjanjian yang ditandatangani pada 14 Mac 2018 bersama syarikat Mrails International Sdn Bhd iaitu selama 18 bulan.
• Kerajaan Negeri juga bersedia untuk mempertimbangkan cadangan Tabung Hidupan Luar Sedunia (WWF) agar Pulau Upeh digazetkan sebagai Pulau Pendaratan Penyu.
4. PROJEK PELABUHAN TANJUNG BERUAS
• Projek Pelabuhan Tanjung Beruas akan diperluaskan membabitkan aktiviti penambakan laut seluas 20 ekar.
• Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dilantik sebagai agensi pemantau projek.
5. PROMOSI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA
• Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan mempromosikan sambutan Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Korban) sebagai perayaan terbesar umat Islam selain Hari Raya Aidilfitri.
• Hari Raya Aidiladha adalah perayaan istimewa umat Islam bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s menunaikan perintah Allah SWT dan kesabaran Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah SWT
• Usaha ini dilaksanakan kerana terdapat kebimbangan dan kekhuatiran terhadap sambutan Hari Raya Aidiladha yang semakin pudar khususnya di kalangan generasi muda.

Popular posts from this blog

Jenis-Jenis Manisan & Kuih Muih Melaka

Hari ini saya nak mengenalkan anda kepada salah satu sebab orang kat Melaka ini semua manis –manis belaka   :)  Ha! Kalau nak tahu , bacalah isian kat bawah mengenai kuih muih Melaka - Sebabnya mereka "king" bila  buat dessert atau kuih muih. Mula-mula satu tempat kat Jalan Tengkera.
Charlie's place namanya. Rumahnya agak tersorok sikit dan directly opposite Masjid Tranquerah,Melaka. Aku bila scan tempat dia tu,  aku dapatibanyak pelanggan mereka yang membeli hanya beberapa potong kuih – kuih ini untuk sarapan atau untuk makanan ringan harian. Bila ditanya,kebanyakan dari mereka membeli di sini kerana banyak pilihan kueh dan rasanya cukup bagus. Tour bus pun selalu datang kesini, tau! Alamat kedai /kilang kuih yang kat Tengkera tu ada dibawah ni, :72, LorongPantaiTengkera 2c,Tengkera,Melaka,Malaysia (GPSCoordinate: N2.20325 E102.23149). 
Salah satu tempat lagi aku rekomenkan anda boleh menempah kuih muih Nyonya dalam jumlah yang besar untuk acara-acara seperti open house dan p…

Giant Burger di Masjid Tanah, Melaka

MASJID TANAH - Kepada penggemar burger bakar, korang kena cuba Burger Bakar Masjid Tanah. Kalau nak Giant Burger 1.5kg sebesar pinggan pun hado, boleh la share reramai! 
Lepas tu, kalau korang ada majlis keraian besday ke, bertunang ke, kahwin sekalipun, kalau nak kelainan boleh tempah Burger Warna Warni atau Kek Burger Bertingkat! 
Berapa tingkat nak boleh adjust ikut budget. Booking awal2. Memang orang akan ingatlah majlis korang!




Burger Bakar Masjid Tanah
Lokasi: Gerai No.1Bukit Beringin , 78300 Masjid Tanah Melaka
Operasi: Isnin - Sabtu 5pm - 12am
Hubungi: Mohd Hairi Hussin 013-6113577 atau 017-3157808

Seri Malaysia Melaka Ramadhan Buffet Promo